Penjelasan KWSP Mengenai Maksud Status Permohonan Pengeluaran Khas Yang Ramai Keliru


 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka di bawah kemudahan Pengeluaran Khas boleh berbuat demikian melalui portal yang disediakan yang boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April 2022.

 

Seperti dimaklumkan, semakan status kelulusan pengeluaran khas KWSP boleh dibuat mulai 9 April 2022. Ramai dah buat semakan dan keliru dengan status permohonan yang dipaparkan terutamanya "Permohonan Anda telah Diterima". Ini bermaksud permohonan diluluskan atau tidak?

 

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui penjelasan KWSP mengenai status permohonan Pengeluaran Khas yang dipaparkan.

 

Tarikh Semakan Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP

 

·        Anda boleh membuat semakan kelulusan mulai 9 April 2022.

·        Jika diluluskan, bayaran akan dibuat mulai 20 April 2022.

 

Maksud Status Anda

 

Jika anda menerima status PERMOHONAN DITERIMA, ini maksudnya menurut KWSP:

 

·        Permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.

·        Bayaran akan dibuat pada 20 April 2022

 

Jika anda menerima status TIADA REKOD seperti di bawah, ini maksudnya menurut KWSP:

 

·        Semak semula dan pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.

·        Sekiranya masih mengalami masalah, hubungi hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4242 (waktu bekerja) untuk maklumat lanjut.