Pengeluaran Khas KWSP Akan Dibayar Pada 18 April 2022 | Semak Akaun Bank Bermula Hari Ini!


 

Kuala Lumpur: Berita baik untuk semua! Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 akan dikreditkan lebih awal iaitu 18 April iaitu awal 2 hari yang sepatutnya berlaku pada 20 April menurut pengumuman yang diperkatakan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

 

Menurut beliau , pengkreditan akan berlaku bermula isnin 18 April 2022.

 

“Ramai yang menghantar mesej dan memberi komen dalam akaun media sosial saya dan berkata: “YB (Yang Berhormat)…pengeluaran KWSP boleh dipercepatkan tak?”.

 

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, selepas berbincang dengan KWSP, justeru itu sukacita dimaklumkan bahawa pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April, 2022 dan bukannya 20 April, 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

 

Seperti anda sedia maklum, permohonan pengeluaran khas sudah boleh dibuat pada 1 April dan tarikh akhir ialah pada 30 April 2022.

 

Jadi, Tengku Zafrul mengatakan dengan harapan bahawa pengeluaran khas KWSP ini dapat menceriakan sambutan Aidilfitri untuk semua keluarga Malaysia.

 

Menurut beliau juga , diharapkan wang khas tersebut dapat mengurangkan beban yang ditanggung rakyat Malaysia selama ini.

 

Pada 16 Mac lepas , Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media khas berucap tentang keputusan itu dihasilkan mengunakan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dikalangan rakyat yang terkesan dari segi ekonomi dengan usaha membina semula kehidupan.

 

Terdapat 3 jenis pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion dan telah melibatkan seramai 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lepas.

 

Ia merupakan jenis pengeluaran pra-persaraan yang diperkenal sebagai langkah sementara demi memberi pelincir dalam meneruskan kehidupan ahli setelah menerima impak  negatif sepanjang pandemik COVID-19 terutama sekali dikala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Sila semak status permohonan pengeluaran khas di portal Pengeluaran Khas – https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad