Kemaskini Nombor Telefon KWSP Tidak Aktif

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan


Jika anda mempunyai masalah semasa membuat permohonan pengeluaran khas KWSP seperti tidak dapat SMS OTP/TAC. Anda perlu mengemaskini beberapa perkara.

Maklumat atau profil diri KWSP anda perlu sentiasa dikemaskini agar tidak timbul lagi masalah-masalah seperti kesukaran mengeluarakan duit KWSP RM10,000 ini.

Baca lanjut perkara dibawah:

Kemaskini KWSP:

1) Kemaskini Nombor Telefon KWSP:
Sebarang pengemaskinian nombor telefon KWSP anda perlu mengunjungi kiosk KWSP yang terdekat.

Ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Pergi ke kiosk KWSP.

Langkah 2: Sentuh skrin di kiosk KWSP.

Langkah 3: Buat pilihan bahasa samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Langkah 4: Masukkan MyKad di tempat yang disediakan iaitu di bahagian sebelah kiri kiosk.

Langkah 5: Letakkan ibu jari kanan pada ruangan yang disediakan untuk mengesahkan identiti anda.

Langkah 6: Seterusnya, sila ikuti arahan seperti yang terpapar di skrin untuk kemaskini no telefon KWSP.

Langkah 7: Jika anda masih lagi mengalami masalah untuk kemaskini, minta bantuan kepada mana-mana pekerja yang memakai uniform KWSP di premis tersebut.

Langkah 8: Selesai urusan tukar no tel di KWSP.

2) Kemaskini Kata Laluan KWSP:
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk tukar ataupun kemaskini password i-Akaun anda:

Langkah 1: Log masuk i-Akaun Ahli terlebih dahulu.

Langkah 2: Klik Profil > Tukar Kata Laluan.

Langkah 3: Masukkan Kata Laluan Semasa.

Langkah 4: Masukkan Kata Laluan Baru.

Langkah 5: Masukkan Pengesahan Kata Laluan Baru.

Langkah 6: Tekan butang Hantar.

Langkah 7: Selesai.

3) Kemaskini Soalan dan Jawapan Rahsia KWSP:
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk menukar soalan dan jawapan rahsia melalui i-Akaun anda:

Langkah 1: Log masuk i-Akaun Ahli terlebih dahulu.

Langkah 2: Klik Profil > Kemas kini Soalan dan Jawapan Rahsia.

Langkah 3: Sila pilih soalan rahsia daripada senarai yang diberikan.

Langkah 4: Sediakan satu jawapan berdasarkan setiap soalan yang dipilih.

Langkah 5: Pilih Soalan Rahsia 1 berserta jawapan.

Langkah 6: Pilih Soalan Rahsia 2 berserta jawapan.

Langkah 7: Pilih Soalan Rahsia 3 berserta jawapan.

Langkah 8: Tekan butang Hantar.

Langkah 9: Selesai.

Sila pastikan soalan dan jawapan anda tidak didedahkan kepada pihak lain bagi tujuan keselamatan.

4) Kemas kini Imej Online KWSP:
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk tukar Imej Semasa Anda dengan imej yang baru melalui i-Akaun anda:

Langkah 1: Log masuk i-Akaun Ahli terlebih dahulu.

Langkah 2: Klik Profil > Kemas kini Imej Online.

Langkah 3: Sahkan Imej Semasa Anda.

Langkah 4: Pilih salah satu imej baru.

Langkah 5: Masukkan maklumat baru dalam Kemas Kini Frasa Anda.

Langkah 6: Tekan butang Hantar.

Langkah 7: Selesai.

5) Mengemaskini Maklumat Tambahan KWSP:
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk tukar soalan dan jawapan rahsia melalui i-Akaun anda:

Langkah 1: Log masuk i-Akaun Ahli terlebih dahulu.

Langkah 2: Klik Profil > Mengemaskini Maklumat Tambahan.

Langkah 3: Pilih Bahasa Pertuturan.

Langkah 4: Pilih Tahap Pendidikan.

Langkah 5: Pilih Pendapatan Tahunan.

Langkah 6: Pilih Gaya Hidup/Minat.

Langkah 7: Maklumkan dari mana anda tahu mengenai i-Akaun.

Langkah 8: Tekan butang Hantar.

Langkah 9: Selesai.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KWSP atau hubungi di talian Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848.

*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga.

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan