Di zaman ini, terdapat ramai lelaki yang dikatakan tulus menikahi seorang perempuan tetapi tanpa disedari malahan menjadikan isteri mereka sama seperti orang gaji. Bermula dengan mengemas rumah, memasak, menjaga anak sehinggalah kepada mencuci pakaian, mereka hanya tahu ‘mengarah' dan langsung tidak pernah menolong. Dikatakan dengan bahasa lebih mudah, dia ibarat seorang ‘raja’ yang perlu disediakan semua benda.
Alhamdulillah dapat suami yang menyenangkan…Kalau malas takde masalah
Justeru, lain pula dengan seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki berasal dari negara Jerman ini seolah mendapat ‘rezeki terpijak’. Tidak sama seperti suami-suami tipikal, pasangan hidupnya itu begitu sangat memahami malah tidak pernah memaksa Puan Anditah untuk melakukan kerja-kerja rumah sekiranya sudah datang perasaan malas.
Difahamkan wanita tersebut dulunya pernah dinasihati ibunya supaya menjadi seorang isteri yang sangat taat, pandai melayani dan semestinya boleh memasak untuk suami. Dalam begitu, tekanan langsung tidak dirasai dan dia sangat beruntung kerana suaminya itu merupakan seseorang yang ringan tulang. Walau baru bergelar mualaf, dia juga rajin beribadah dalam berusaha untuk mengenali agama Islam.
@anditahp Dan menjadi pasangan hidup, sahabat dan rekan kerja yang terbaik 😊 tidak pernah membatasi istri beropini dan berkarya dan tidak mengedepankan „gender role“ semata 😌 #mixmarriage #mixedcouple #indojerman #suamibule #fypã‚· #angel ♬ ANGEL BABY X ANGEL BABY - sadvibes🥀
Orang kita kena belajar dengan laki macam ni….Orang western pandai berdikari
Susulan di ruangan komen, para netizen mengharapkan semoga suatu hari nanti mereka akan dikurniakan jodoh sebaik itu juga. Selain, nilai murni yang dipamerkan oleh suami Puan Anditah disifatkan harus dijadikan pengajaran dan tauladan kepada segelintir lelaki di luar sana.
Sumber: Erin Sakura