Dulu Bancuh Susu Anak Tepi Jalan Ketika Naik Motor Cuaca Panas, Dapat KWSP Terus Beli Kereta

Tak dinafikan, pengeluaran KWSP baru-baru ini telah membantu sedikit sebanyak dalam meringankan beban hampir kesemua rakyat Malaysia. Justeru, ada yang menjadikan duit tersebut sebagai modal perniagaan, membeli emas dijadikan pelaburan jangka masa panjang dan kemungkinan ada juga yang mengirim ke kampung untuk kos ubahsuai rumah keluarga. Akan tetapi, lain pula bagi sebuah keluarga ini, kisah mereka begitu cukup mengundang sebak.
Anak dua baru merasa ada kereta…Dulu naik motor duduk tepi jalan buat susu anak
Menerusi laman TikToknya semalam, Puan Atikah mendedahkan bahawa dia dan suami bersepakat menggunakan wang kwsp untuk membeli sebuah kereta keluaran Kancil. Walaupun jumlah tidaklah banyak, namun dengan memiliki kenderaan berbumbung itu sudah cukup memberikan nilai makna yang besar bagi keluarga ini kerana sebelum ini hanyalah menempuh hujan panas dengan motosikal sahaja.
@atikah_la_la_la

rezeki anak2 dapat duit kwsp terus beli kereta😊

♬ Tetap Disini - Maulana Ardiansyah

Bermulalah hantar anak sekolah naik kereta…Anak sulung gembira je

Melalui satu video yang telah dikongsikan, anak sulung mereka ibaratkan menjadi insan yang terpaling gembira tatkala ibu ayahnya sudah mempunyai kereta. Dia kelihatan sangat gembira apabila pertama kalinya hendak dihantar ke sekolah dengan menaiki kenderaan yang comel itu.


@atikah_la_la_la

harini bermula lah hantar anak kesekolah naik kereta tgk muka anak sulung tu happy je.😊

♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu - Yudha Paramata

Tahniah dapat kenderaan elok…Ini pun salah satu kesenangan hidup

Meninjau ke ruangan komen, para netizen mengakui sangat terharu dan turut tumpang gembira melihat keluarga tersebut akhirnya dapat memiliki kenderaan sendiri. Disamping itu, ramai yang terkenang terhadap kehidupan masing-masing di mana mereka turut menggunakan kereta sekali gus dapat menjimatkan kos sara hidup.



Sumber: Erin Sakura


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad