Sistem eGUMIS ANM Login Online
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telahpun melancarkan portal rasmi eGUMIS login untuk permudahkan orang ramai membuat semakan WTD secara online.
Berikut adalah cara untuk semak eGUMIS register:
1. Layari pautan berikut https://egumis.anm.gov.my/
2. Sila daftar secara online. Masukkan nama penuh, nombor kad pengenalan dan emel terkini anda.
3. Log Masuk portal menggunakan kata laluan yang telah di emel.
4. Tukar semula kata laluan anda.
5. Tekan pada “Klik Sini Untuk Carian Wang Tidak Dituntut” untuk semakan dan masukkan kad pengenalan anda.
6. Untuk makluman, sistem ini hanya boleh buat semakan sebanyak 2 kali sehari sahaja.
7. Semakan secara manual, anda perlu membaca panduan penuh di sini. Disana juga anda boleh memuat turun borang Wang Tak Dituntut sekiranya anda ingin membuat semakan secara manual.
Semakan secara manual, anda perlu membaca panduan penuh di sini. Disana juga anda boleh memuat turun borang Wang Tak Dituntut sekiranya anda ingin membuat semakan secara manual.
Bagaimana Cara Mohon Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) Online?
Untuk membuat tuntutan secara dalam talian / online, sila ikut langkah-langkah berikut:
· Klik pada “Teruskan Dengan Permohonan”.
· Tekan “Tambah Penerima” dan masukkan maklumat peribadi. Tekan “Simpan”.
· Upload / muat naik dokumen sokongan pada bahagian “Mandatori”.
· Sila tick pada kotak dan setuju dengan terma syarat. Pilih “Ya”.
· Proses pembayaran akan dilaksanakan apabila dokumen anda telah “Disahkan”.
Tempoh pembayaran akan mengambil masa dan duit tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.
Contoh Wang Tak Dituntut Yang Berjaya Dituntut
Ramai telah menggunakan sistem eGUMIS. Ada yang berjaya dapat RM13,000, ada juga cuma mendapat RM20, RM50.
Apakah dokumen yang perlu dimuat naik?
Dokumen sokongan perlu dimuat naik dalam portal eGUMIS untuk pengesahan.
* Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai egumis unclaimed money ini, sila hubungi :
03- 2056 8052
03- 2056 8053
Atau boleh terus pergi ke pejabat :
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak,
50050 Kuala Lumpur
*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga.