Cara Semakan Status Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

PORTAL PENGELUARAN KHAS KWSP KINI DIBUKA UNTUK SEMAKAN KELAYAKAN & PERMOHONAN
Untuk makluman, Portal_Pengeluaran Khas KWSP kini sudah boleh diakses mulai 1 April 2022.

Sudahkah anda membuat permohonan pengeluaran?

Ingat, tiada pindaan boleh dibuat untuk permohonan kali ini ya!

Jadi, jangan tersilap dan pastikan anda telah mengetahui syarat-syarat dan cara memilih amaun pengeluaran yang betul.

Di sini kami kongsikan langkah-langkahnya dengan mudah.
CARA-CARA MEMOHON PENGELUARAN KHAS KWSP
1. Layari Portal Pengeluaran Khas KWSP di pautan http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my

2. Klik Mohon Sekarang & Permohonan.

3. Masukkan No Mykad & Tel Bimbit yang didaftarkan di KWSP.

4. Klik Teruskan.

5. Masukkan No OTP yang dihantar ke Telefon Bimbit anda.

6. Amaun Kelayakan Anda akan tertera, Klik memohon amaun tersebut.

7. Klik Teruskan.

8. Sahkan Maklumat Pemohon dan Akaun Bank Anda. (Ada 2 soalan – Anda boleh menjawab apa saja jawapan pada soalan yang diajukan)

9. Pastikan anda menyemak sekali lagi AMAUN YANG DIPOHON, ini penting.

10. Klik HANTAR dan CETAK PERMOHONAN anda dan SIMPAN.

Sila rujuk langkah bergambar di bawah:


Baca nota penting terlebih dahulu.

Tekan butang TUTUP untuk teruskan permohonan.
Isikan maklumat dalam ruang yang disediakan.
Masukkan No OTP yang dihantar ke Telefon Bimbit anda.

Amaun Kelayakan Anda akan tertera.

Klik untuk memohon amaun tersebut atau isikan lain-lain amaun pilihan anda.

Seterusnya isikan maklumat pemohon.

Kemaskini butiran lain jika perlu.

Kemudian sahkan maklumat yang dipaparkan pada skrin.

Jika permohonan anda berjaya, anda akan menerima notifikasi seperti berikut:

Cetak & simpan rekod permohonan untuk rujukan.

Kredit gambar: Firdaus Shakirin

Tarikh Akhir Permohonan Pengeluaran Khas KWSP
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2022.

Sekiranya laman web sesak pada hari ini, anda masih boleh membuat permohonan dalam masa yang diberikan.

Tarikh Semakan Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP
Anda boleh membuat semakan kelulusan mulai 9 April 2022.

Jika diluluskan, bayaran akan dibuat mulai 20 April 2022.

Tarikh Bayaran
Bayaran akan dibuat secara sekali bayar (one-off) mulai 20 April 2022.

NOTA PENTING
• TIADA PINDAAN AMAUN DIBENARKAN
• TOLONG BERHATI-HATI SEMASA MEMOHON
• Baca dulu panduan ini, dengan teliti dan lihat gambar yang dilampirkan, dan anda boleh MULA MEMOHON.
• STATUS PERMOHONAN BOLEH DISEMAK MULAI 9 APRIL.
• PEMBAYARAN ADALAH SECARA ONE-OFF PADA 20 APRIL.
• PERMOHONAN DITUTUP PADA 30 APRIL.

Sekian info.

*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga.

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad