Cara Mohon Bantuan RM 1000 Untuk Anak Lahir Bermula Tahun 2020
*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Tahukah anda, Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah mewujudkan satu tabungan khas untuk anak-anak kelahiran Sarawak iaitu Endowment Fund Sarawak (EFS).
EFS (Endowment Fund Sarawak)
EFS merupakan simpanan untuk anak kelahiran Sarawak yang bertujuan membantu anak Sarawak sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, memulakan kerjaya atau sebagai modal perniagaan kecil-kecilan.
Jumlah Bantuan EFS
Jumlah bantuan yang diberikan ialah RM1,000 dalam bentuk simpanan.
Syarat Kelayakan Bantuan EFS
Berikut adalah syarat kelayakan untuk bantuan EFS:
1) Warganegara Malaysia
2) Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
3) Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa pemegang MyKAD berstatus “K”; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.
Kategori anak angkat:
1) Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K”.
2) Mempunyai Sijil Anak Angkat yang sah
Cara Permohonan Bantuan EFS
Permohonan boleh dibuat di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak dengan membawa:
•> Borang permohonan EFS – Muat Turun Borang
•> Salinan sijil kelahiran bayi
•> Salinan MyKAD/Biometrik ibu bapa berstatus “K”.
* Salinan hendaklah disahkan oleh pegawai JPN
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, layari laman web isarawakcare atau hubungi talian KPWKK di 082-442050
*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga.
0 Response to "Cara Mohon Bantuan RM 1000 Untuk Anak Lahir Bermula Tahun 2020"