Cara Daftar Akaun KWSP Untuk Anak 14 Tahun Ke Atas & Terima Bantuan Kerajaan RM250 Setiap Tahun

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Pasti ramai yang tak tahu kan sebenarnya individu berusia 14 tahun ke atas sudah boleh mendaftar
akaun Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP)? Pendaftaran akaun KWSP bagi individu ini yang
dibenarkan adalah dalam Simpanan Shariah dan ia bertujuan untuk simpanan jangka panjang.

Tak perlu tunggu mula bekerja baru mula menyimpan di KWSP! Bagi yang nak mudahkan urusan anak-anak
nanti, anda dah boleh mula daftarkan akaun KWSP untuk anak dan buat sedikit simpanan untuk mereka.
Malah jika buka sekarang, kerajaan ada insentif tambahan sehingga RM250 setiap tahun.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kelebihan buka akaun KWSP buat anak dan cara buka
akaun KWSP untuk anak 14 tahun ke atas.

KELEBIHAN BUKA AKAUNN
KWSP UNTUK ANAK

Walaupun anak belum bekerja, antara kelebihan buka akaun KwSP untuk anak adalah:

•> Simpanan jangka panjang anak
•> Terima insentif tambahan oleh
kerajaan maksimum RM250 setahun
(15% dari jumlah simpanan)
•> Menyimpan pada usia muda
•> Dapat dividen patuh Shariah setiap
tahun
•> Sumbangan tidak wajib dibuat secara bulanan
•> Sebagai ahli KWSP juga akan
mendapat manfaat kematian RM2500

Insentif Tambahan Kerajaan Maksimum RM250 Setahun
Untuk makluman anda, kerajaan memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum
RM250 setahun) daripada jumlah simpanan melalui skim i-Saraan.

Sebagai contoh, jika anak carumkan wang RM2,000 ke dalam akaun KWSP, kerajaan akan tambah RM250
(maksimum) selaku galakan, di bawah insentif skim i-Saraan.

Sumbangan ke akaun KWSP anak TIDAK WAJIB dibuat secara BULANAN. Bayaran caruman i-Saraan
boleh dibuat secara online secara asing di rumah melalui online banking ibu bapa. Pegawai yang bantu
anda mendaftar akaun akan berikan kertas panduan untuk pindahkan duit ke akaun terbabit.

CARA BUKA AKAUN KWSP ANAK 14 TAHUN KE ATAS
Pendaftaran akaun KWSP untuk anak berusia 14 tahun ke atas boleh dibuat di kiosk KWSP dengan mudah
tanpa perlu ke kaunter.

Berikut adalah panduan membuat pendaftaran akaun KWSP untuk anak:
1. Daftar sebagai ahli KWSP (perlukan IC anak dan cap jarinya) di kiosk di mana-mana cawangan.

2. Setelah siap, beritahu kepada pegawai KWSP untuk buka i-akaun dan beralih ke simpanan Shariah terus.

3. Biasanya ada pegawai tolong buatkan terus di komputer di sana.

4. Setelah i-akaun siap, pegawai akan
bantu mendaftarkannya ke akaun
SImpanan Shariah.

5. Setelah siap, beritahu pegawai, nak
daftar caruman i-Saraan (caruman
sukarela) pula, mereka akan bantu
terus

Mudah kan? Jom mudahkan urusan anak nanti dengan membuat simpanan pada usia muda melalui
pendaftaran akaun KWSP! Tak rugi pun, malah anak anda akan untung berganda di usia persaraan nanti.

*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga.

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan