Bayaran Bantuan Bulanan JKM Bagi Mei 2022 Diawalkan Sempena Aidilfitri - KPWKM


 

PUTRAJAYA: Bayaran bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Mei 2022 akan dikreditkan kepada penerima mulai 25 April hingga 30 April, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

 

Bayaran bantuan bulanan itu dipercepatkan sempena perayaan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

 

Bayaran bantuan bagi Jun 2022 akan dikreditkan pada tarikh asal iaitu antara 1 Jun hingga 10 Jun, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

KPWKM berharap bayaran yang diawalkan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh penerima.

 

-- BERNAMA