Bapa Naik Motor Angkut Kereta Mainan Demi Anak Dipuji, Siap Selotep Satu Badan Lagi

Kebahagian setiap anak juga adalah satu kegembiraan kepada kesemua ibu bapa. Dari lahirnya, semua ibubap akan berusaha dengan sekuat tenaga bagi mendidik dan membesarkan anak-anak iaitu dalam keadaan yang senang. Meskipun payah, namun suami isteri ini sanggup menyembunyikan kesusahan demi melihat senyuman di wajah anak-anak.
Bapa nak surprise hadiah buat anak, sanggup beli sebuah kereta elektrik
Kisah ini sama seperti situasi yang dikongsikan oleh pemilik akaun mismar25 apabila dia merakam satu situasi yang sangat hiba daripada seorang ayah. Melalui sorotan di laman TikTok, lelaki tersebut dikatakan telah membeli sebuah kenderaan elektrik yang bersaiz cukup besar untuk anak tercinta. Tidaklah begitu tahu apa tujuannya, namun yang pasti ia ingin menggembirakan anaknya di rumah.
Sanggup tahan malu angkut mainan guna motosikal, siap selotep satu badan
Justeru, yang lebih mengundang sebak adalah apabila lelaki itu hanya dengan menaiki motosikal. Namun, kelihatan ia sedikitpun tidak mematahkan tujuannya. Yang membuat lebih terharu, lelaki tersebut malahan sanggup membalut satu badannya menggunakan selotep agar ia tidak mudah rebah ke jalan. Malah orang yang berada disekeliling juga sempat terharu termasuklah si perakam.

@mismar25 Pengorbanan seorang ayah #fyp ♬ Sayang sayang jangan terlalu sayang pada diriku - Isma Sane

Mesti berkoba-koba hati ayah nak balik hanya nak lihat senyuman yang terukir daripada wajah si anak

Sehingga kini, tontonan video berdurasi 24 saat itu telah mencecah sebanyak 372.6 ribu jumlah tontonan. Para netizen turut riuh di ruangan komen dimana mereka sangat terharu melihat kesungguhan seorang ayah membeli sebuah permainan. Walaupun terpaksa menahan malu, namun insan ini sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagian anak-anak.




Sumber: Erin Sakura


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad