Bantuan Hari Raya Aidilfitri 2022 MAIWP RM500 One-Off
*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Bantuan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telahbdisalurkan bermula 22 April 2022/ 20 Ramadhan 1443H secara berperingkat.
Menurut MAIWP, bantuan Hari Raya
Aidilfitri ini diberikan sebanyak RM500 secara sekali bayar (one-off) kepada penerima bantuan bulanan sedia ada MAWIP
la melibatkan penerima asnaf bagi
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya.
Bantuan ini dikreditkan ke dalam akaun masing-masing sama seperti bantuan bulanan MAIWP
bertujuan meringankan beban para asnaf dalam menyambut hari raya pada tahun ini.
Sebagai makluman, Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP bertujuan meringankan bebanan kewangan golongan asnaf yang memerlukan bantuan bulanan berbentuk wang tunai melalui akaun bank.
Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.
Syarat Umum Permohonan Bantuan ini adalah sebagaimana berikut:
1. Beragama Islam
2. Warganegara Malaysia
3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun danbmasih menetap di Wilayah Persekutuan
4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-
Kifayah (Kira kelayakan Had al Kifayah)
Mereka yang ingin memohon bantuan ini boleh datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web
maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.
Sumber: bantuanrakyat.my
*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga.
*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
0 Response to "Bantuan Hari Raya Aidilfitri 2022 MAIWP RM500 One-Off"