Aplikasi MAE, M2U MY Dan Laman Web Maybank2u Sedang Alami Masalah Untuk Diakses


 

Maybank baru sahaja memaklumkan aplikasi MAE, aplikasi M2U MY dan laman web Maybank2u sedang mengalami kelembapan sebentar.

 

Ini disahkan oleh ciapan dari Maybank sebentar tadi.

 

Berdasarkan dari maklum balas pelanggan pada tweet di atas, ada pelanggan berdepan isu seperti baki wang dalam akaun tidak tertera dalam aplikasi.

 

Ada juga yang menghadapi kegagalan dalam pemindahan wang.

 

Diharap pihak Maybank membuat tindakan pantas supaya urusan para pelanggan dapat kembali berjalan dengan lancar semula.

 

Sumber: Maybank

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad