Jika pergi merantau jauh dari kampung halaman, perkara yang cukup ditakuti adalah sekiranya berlaku sebarang kemungkinan iaitu pemergian atau kehilangan orang yang tersayang. Apatah lagi jika tidak sempat untuk menatap insan-insan disayangi buat kali terakhir. Semestinya akan ada timbul rasa terkilan dan juga kesedihan yang membelenggu.
Perginya seorang ibu di hari kepulangan anak
Malangnya situasi sedemikian yang tengah dilalui oleh seorang wanita ini apabila mendapat khabar berita tentang kehilangan ibunya tercinta semasa telah pun dalam perjalanan pulang ke Tawau, iaitu kampung halamannya. Ketika menerima berita tersebut, kesihatan orang tuanya itu yang merudum akibat masalah jantung, lalu dia terus bergegas membeli tiket untuk balik.
Bahkan, telahpun menjadi takdir Tuhan apabila wanita itu hanya disambut dengan tubuh yang tidak lagi berkutik. Setibanya ia di kampung, dia dikatakan terus berlari ke kawasan perkuburan sebelum dilihat sangat menggigil semasa diminta untuk mengucup serta menatap wajah ibunya buat kali yang terakhir.
Bila hilangnya keberkatan doa seorang ibu, perit rasanya…Mimpi menakutkan buat semua anak
Melihat ke ruangan komen, para netizen juga sama merasa sebak atas perkongsian kejadian itu. Disamping itu, ramai yang mengakui bahawa sangat faham perasaan wanita itu tatkala ini, kerana separuh daripada mereka juga pernah berada dalam situasi tersebut.
Sumber: Kisah Dunia