Ambil Tindakan Terhadap Syarikat Penerbangan - Ismail


 

BERA: Syarikat penerbangan tidak wajar mengambil kesempatan menaikkan tambang pada cuti Hari Raya atau berdepan tindakan undang-undang.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jika berlaku kenaikan harga tambang secara mendadak seperti 500 peratus yang didakwa sesetengah pihak, tindakan boleh diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

 

"Saya sudah mengarahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Datuk Seri Alexander Nanta Linggi) untuk melihat isu ini. Kementerian mesti tegas, tak kira syarikat besar atau kecil.

 

"Tindakan tegas akan diambil untuk kepentingan orang ramai. Kita tidak boleh membiarkan perniagaan mengambil kesempatan dengan menekan orang ramai pada bulan puasa dan perayaan" katanya selepas melancarkan MG Coop Mart dan Jualan Murah Semarak Ramadan Keluarga Malaysia, di sini hari ini.

 

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong akan bermesyuarat dengan wakil syarikat penerbangan untuk menurunkan tambang.

 

-- Bharian

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad