Apabila tiba fasa 10 malam terakhir ramadhan, pastinya ramai berebut un tuk melakukan ibadah dan amalan
mencari lailatulqadar. Lailatul qadar adalah sebuah malam yang sangat istimewa dan penuh kemuliaan. Ini
berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah AlQadr yang bermaksud: "Sesungguhnya kami telah menurunkannya (AL-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan
Bila berlakunya malam lailatul qadr? Malam lailatulqadr berlaku pada salah satu daripada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Menurut hadis Riwayat Ahmad No. 85, maksudnya: "Carilah malam al-Qadar pada sepuluhbmalam terakhir pada malam yang ganjil". Walaupun terdapat pelbagai pendapat ulama' tentang tarikth jatuhnya malam lailatulqadar, eloklah kita beramal pada setiap 10 malam terakhir tersebut supaya tidak terlepas salah
satu daripanya yang mungkin adalah malam laillatulqadar
Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan Ketika Mencari Lailatulqadar Tips Imam Masjidil Haram
Terdapat banyak amalan yang boleh kita armalkan pada 10 malam terakhir Ramadan seperti solat sunat membaca Alquran, bersedekah dan banyak lagi. Seperti diketahui malamLaylatulqadar adalah lebih baik daripada seribu bulan iaitu bersamaan lebih kurang 84 tahun. Salah seorang Imam Masjidil Haram, Mekah ada memberikan pesanan atau tips apabila tiba 10 malam terakhir untuk meraih keberkatan malam Lailatul Qadar
1. Sedekahkan kepada sesiapa sahaja minimum 1 riyal atau di Malaysia RM1 dalam 10 malam terakhir, jika Lailatulqadar jatuh pada 10 malam terakhir maka seumpama engkau bersedekah sebanyak RM1 selama 84 tahun atau RM 1 x 365 hari x 84 tahun
2. Dirikan solat sunat minimum 2 rakat setiap malam. Jika lailatulqadar jatuh pada 10 malam terakhir, maka
seolah-olah solat 2 rakat selama 84 tahun (2 rakaat x 365 hari x 84 tahun)
3. Bacalah Surah AlHkhlas minimum 3 kali setiap malam sehingga apabila Lailatul Qadr jatuh pada 10 malam
terakhir maka seumpama engkau mengkhatamkan Al-Quran selama 84 tahun
4. Bacalah tafsir surah A-Qadr dan fahami apa yang sesungguhnya terjadi pada Lailatul Qadar, Akan kita rasakan keagungan dan kekuatannya. InshaAllah
5. Jangan menunggu hingga malam ke-27 untuk memperbanyakkan amal soleh dan beribadahlah sebanyak
mungkin. Kerana seluruh malam dari sepuluh malam terakhir seharusnya menjadi sasaranmu. Bangun lah setiap malamnya. Jangan sampai kesempatan meraih Lailatul Qadar terlepas begitu sahaja.
Allahumma Innaka 'Afuwwun, Tuhibbul 'Afwa Fa'Fu'anni
(Ya Allah, engkau maha pengampun dan menyukai pengampunan, maka ampunilah aku)
7. Sempatkan tidur siang (qailullah) sejenak jika berkesempatan
8. Jangan lupakan keluargami! Nabi Muhammad senantiasa membangunkan para isterinya pada malam-malamn ini. Anak-anak pun boleh diajak beribadah untuk beberapa saat walau mungkin tidak selama orang dewasa. Berilah moticasi dan semangat pada mereka
9. Cara kita berpakaian dan mempersiapkan diri akan mempengaruhi secara psikologis. Pakailah pakaian yang bagus dan wangi seperti syariat ketika beribadah.
10. Jagalah perut agar tidak terlalu kenyang dan tidurlah segera sete lah Isya dan Terawih sekadar untuk
menyegarkan diri. Lalu bangunlah untuk mendirikan solat malam.
11. Seluruh ibadah di bulan Ramadhan ini bukan lah tujuan untuk muat naik status (con tohnya: "Alhamdulillah, nikmatnya bermunajat kepadaNya malam ini) di Facebook atau media sosial lainnya. Biar lah itu menjadi rahsiabindah an tara engkau dengan Allah
12. Sabar adalah kunci untuk mendapatkannya. 10 malam terakhir mungkin akan sangat melelahkan. Di siang hari mungkin masih per lu bekerja, sekolah atau aktiviti lain. Ini adalah saat untuk mengerahkan kesabaran semaksimum mungkin. Ingatlah Allah telah memberi kita kesempatan berharga (iaitu betapa luasnya pengampunan) yang mungkin saja tdak datang lagi.
13. Ini yang paling pentng: berbaik sangkalah pada Allah. Ketika bermunajat, ingatlah ki ta sedangn meminta pada Raja Yang maha Pemurah dan Pengampun. Jika kau berharap yang terbaik, dia akan memberimu yang terbaik. Jangan ragu-agu, yakin lah dan tumpahkan seluruh isi hatimu di hadapan-Nya. Jangan biarkan keragu-raguan dan prasangka buruk menjauhkan mu dari Nya.
Begitulah perkongsian mengenai pesanan Imam Masjidil Haram di Mekah mengenai Lailatulqadar pada 10 malam terakhir. Semoga ki ta semua sama-sama mengambil peluang dan manfaat daripada ilmu yang dikangsikan.
Sumber: mysumber
*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga.