Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.
Kami kongsikan pembayaran fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia BKM yang bernilai hampir RM2.0 Bilion yang akan dibayar secara berperingkat.
PEMBAYARAN FASA 1 BKM
Untuk pengetahuan anda, bagi pembayaran Fasa 1 BKM, 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 sehingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi seperti berikut:
• 4.0 juta isi rumah
• 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan)
• 3.4 juta individu bujang
Status Pemohonan BKM 2022 Telah Berubah Ke STATUS LULUS PADA 28 Mac 2022
Bukti Pembayaran BKM Dah Masuk Ke Dalam Akaun Bank
Untuk kepastian, sila rujuk gambar-gambar resit di bawah. Gambar-gambar berikut adalah resit daripada bank bagi mereka yang telah menerima bantuan ini.
Cara Semakan BKM
Untuk semakan status pembayaran, sila klik di pautan berikut :
AMAUN BAYARAN MENGIKUT FASA 1
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak - Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak - Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
TARIKH PEMBAYARAN RASMI BKM
Setiap penerima yang layak akan menerima pembayaran secara berperingkat-peringkat bermula 28 Mac 2022 iaitu hari rabu sehingga 8 April 2022 melibatkan peruntukan berjumlah RM2.0 billion.
Pembayaran ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan 1443H.
CARA PEMBAYARAN
Berikut kami kongsikan cara pembayaran BKM Fasa 1:
SEMAKAN STATUS
Semakan status kelulusan BKM boleh dibuat bermula 28 Mac 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login