Kerajaan telah membenarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 untuk ahli.
Menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu, orang ramai berterima kasih dan berpendapat pengeluaran khas berkenaan tepat dengan hasrat serta keperluan rakyat ketika ini.
PERINCIAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000
Lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan dengan pandemik.
Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini dan mekanisme pembayaran akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.
Berikut dikongsikan sedikit perincian rasmi yang dimaklumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebentar tadi.
Portal Pengeluaran Khas KWSP 2022 Akan Dibuka Mulai 1 April
Portal Pengeluaran Khas KWSP kini dibuka untuk memudahkan pemohon membuat pengeluaran maksimum sebanyak RM10,000 seperti yang diumumkan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pengeluaran_Khas yang dimuatnaik di Portal berkenaan.
Perincian Pengeluaran_Khas maksimum RM10,000 KWSP:
· Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
· Tarikh permohonan online 1 April hingga 30 April 2022
· Semakan status kelulusan bermula 9 April 2022
· Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
· Jumlah pengeluaran KWSP maksimum RM 10K, minimum RM50
· Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)
Tarikh Permohonan
· 1 April – 30 April 2022
Cara Permohonan
Permohonan Pengeluaran_Khas KWSP boleh dibuat menerusi portal http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/atau menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April hingga 30 April 2022.
Rujuk langkah permohonan berikut:
1. Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ dan pilih MOHON SEKARANG.
2. Isikan Nombor MyKad / MyPR dan Nombor Telefon Bimbit.
3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
4. Tentukan AMAUN PILIHAN PENEGLUARAN. Rujuj pada A atau B di sebelah kanan.Tekan TERUSKAN.
· Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
· Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.
5. Tekan TERUSKAN.
6. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN.
7. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan. Tandakan (/) sebelum tekan HANTAR.
8. Selesai!
Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan dibuat bermula 20 April 2022
Kaedah Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja (single payment)
Syarat Kelayakan
· Ahli KWSP berumur bawah 55 tahun
· Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap
· Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150
Sumber: Facebook KWSP