Tak Bergaji Tetap Tetapi Ingin Memiliki Rumah Sendiri ~ Mohon SJKP 2021

 

Apakah Itu Skim Jaminan Kredit Perumahan 2021 (SJKP)?

Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP) ialah merupakan satu skim perumahan yang terbuka kepada warganegara Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tidak tetap. Inisiatif ini  merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina atau telah siap dan termasuk rumah sedia ada ataupun lelongan. Semuanya boleh

 


 

 

 

Apakah Syarat Kelayakan Memohon?:

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.
  2. Berpendapat tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  3. Pembelian rumah kediaman baru / didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  4. Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  5. Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  6. Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar.
  7. Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  8. Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

 

 

Senarai Institusi Bank Yang Terlibat

  • Affin Bank, Affin Islamic
  • Maybank, Maybank Islamic
  • Alliance Bank, Alliance Islamic Bank
  • Bank Muamalat
  • Bank Rakyat
  • Agro Bank
  • AmBank Group
  • AmIslamic Bank
  • Bank Islam BSN
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank




Apakah Langkah Permohonan?

  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli & mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.
  3. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  4. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  5. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
  6. Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini.




Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat berkenaan Skim Jaminan Kredit Perumahan(SJKP) sila hubungi saluran tersebut:

klik tulisan biru untuk maklumat lebih jelas 


Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)

Tingkat 12, Bangunan Setia 1,

15 Lorong Dungun, Bukit Damansara,

50490 Kuala Lumpur

 

Telefon : 03-2096 5000

Faks : 03-2096 5090

Emel : enquiry@sjkp.com.my