[RASMI] PDRM DAN JPJ ~ PENGURANGAN KADAR KOMPAUN SAMAN SEHINGGA 80% DAN 70%

 

Bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman. Bagi saman yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ditawarkan pengurangan sehingga 80%, manakala selain daripada itu, ditawarkan diskaun sehingga 70%.

 

Kaunter pengurangan bayaran saman akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 9 Disember hingga 12 Disember 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

 

Tawaran saman ini sah di lokasi dan tarikh yang dinyatakan seperti di atas serta tertakluk pada terma dan syarat.

 

Semoga warga Malaysia memperoleh manfaat daripada pengurangan saman ini.

 

Pastikan pakai pelitup muka, sanitasi tangan dan jaga jarak fizikal semasa hadir nanti.

 

 

 

CARA PENDAFTARAN MYBAYAR SAMAN

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran online di aplikasi atau Portal MyBayar Saman.

Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.

  1. Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  2. Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
  3. Log masuk setelah selesai mendaftar.
  4. Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
  5. Buat Pembayaran secara online melalui kaedah pembayaran yang dipilih

 

 

 

CARA BAYAR SAMAN MELALUI PORTAL / APLIKASI MYBAYAR SAMAN

Untuk pembayaran saman melalui portal, sila ikuti langkah-langkah berikut:

 

  1. Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat peribadi dengan betul.
  4. Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  5. Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Butiran saman dipaparkan.
  7. Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
  8. Semak saman yang ingin dibayar.
  9. Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
  10. Pembayaran selesai.

 

 

 

CARA BUAT SEMAKAN SAMAN JPJ

 

Untuk membuat semakan saman JP secara online, sila layari Portal Rasmi JPJ di pautan berikut:

 

https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman

 

 

Tekan butang Pilihan Carian dan pilih sama ada anda ingin membuat semakan mengikut:

 

  1. No ID
  2. No ID dan No Kenderaan
  3. Pilih Kategori ID dan taipkan Kod Sekuriti yang dipaparkan.