Ramai Belum Tahu | Bantuan Kematian KWSP RM2500

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada menyediakan Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 yang boleh dituntut sekiranya ahlinya meninggal dunia?

 

Bayaran tersebut akan dibayar sekali sahaja kepada orang tanggungan ahli yang layak (balu/duda/anak atau ibubapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).

 

Sila buat permohonan di cawangan KWSP berdekatan anda dengan membawa beberapa dokumen.

 

APAKAH SYARAT KELAYAKAN?

  1. Ahli yang telah meninggal dunia adalah warganegara, penduduk tetap (PR) & bukan warganegara (yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998).
  2. Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibubapa) tertakluk kepada status perkahwinan ahli
  3. Permohonan mesti diterima dalma tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli
  4. Ahli meninggal sebelum mencapai usia 60 tahun
  5. Ahli masih mempunyai simpanan KWSP

>

 

 

GOLONGAN YANG LAYAK MEMOHON?

  • Penama
  • Berumur 18 tahun dan ke atas

 

 

APAKAH DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN?

  1. Borang Pengeluaran KWSP 9KM (AHL)
  2. Sijil Kematian Ahli
  3. Kad Pengenalan Diri Pemohon
  4. Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan
  5. Sijil lahir pemohon
  6. Sijil Kelahiran Ahli
  7. Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan Ahli / Cabutan Daftar Perkahwinan
  8. Surat Kuasa
  9. Penama Meninggal Dunia



DOKUMEN WAJIB

  1. Surat Kuasa (jika tiada penamaan) Surat Kuasa Mentadbir / Probet (Mahkamah Tinggi) ATAU
  2. Perintah Pembahagian (Pejabat Tanah) ATAU
  3. Sijil / Perintah Faraid (Mahkamah Syariah) ATAU
  4. Surat Kuasa Amanah Raya Berhad (ARB)
  5. Bukti-bukti Pertalian
  6. Dokumen-dokumen lain yang ditetapkan oleh pihak KWSP