PRN Sarawak: 34 Manifesto GPS perjuang hak Sarawak. Ini yang perlu anda tahu

 

Gabungan Parti Sarawak (GPS) malam ini secara rasmi melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak.

 

Mengumumkan manifesto tersebut, pengerusinya, Tan Sri Abang Johari menegaskan 34 Manifesto GPS adalah sangat komprehensif, yang akan memperjuangkan hak Sarawak, menjamin hak rakyat, menjaga kebajikan rakyat serta membangunkan masa depan negeri itu.

 

Berikut 34 manifesto GPS:

 

(1) Menjamin kestabilan dan autonomi politik Sarawak.

(2) Mempertahan dan membela hak-hak Sarawak mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), perlembagaan negeri Sarawak dan undang-undang Negeri Sarawak.

(3) Menjamin hak kesaksamaan yang inklusif untuk semua rakyat Sarawak.

(4) Mengiktiraf dan menjamin hak rakyat ke atas tanah Native Customary Right (NCR) dan Native Territorial Domain (NTD).

(5) Menjadikan Sarawak maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

(6) Merapatkan jurang pendapatan rakyat melalui pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan.

(7) Membasmi kemiskinan bandar dan luar bandar.

(8) Menyediakan lebih banyak rumah mampu milik, skim Pembesaran Kampung (SPK), Skim Penempatan Semula (SPS), bantuan pembinaan dan baik pulih rumah panjang.

(9) Memacu pembangunan ekonomi Sarawak melalui agenda ekonomi digital.

(10) Memperkasakan usaha melindungi dan memulihara alam semula jadi.

(11) Meningkatkan pendapatan dan sumber hasil Sarawak.

(12) Memperhebatkan jaringan jalan perhubungan, pengangkutan, pelabuhan dan lapangan terbang.

(13) Memperluaskan liputan bekalan air, elektrik dan gas.

(14) Memperluaskan liputan telekomunikasi dan kemudahan digital.

(15) Mentransformasikan pembangunan ekonomi luar bandar.

(16) Merancakkan pembangunan bandar sejahtera dan pintar.

(17) Mentransformasikan dan memacu sektor pertanian, penternakan dan perikanan.

(18) Membangun sektor perindustrian dan pelaburan.

(19) Menyediakan lebih banyak peluang perniagaan dan memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

(20) Memperhebatkan sektor pelancongan dan perkhidmatan.

(21) Memperkasakan perkhidmatan kerajaan yang berteraskan kepada integriti dan tadbir urus yang baik.

(22) Meningkatkan akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan.

(23) Meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan teknikal.

(24) Menjamin keselamatan negeri dan rakyat.

(25) Meningkatkan kecekapan pengurusan bencana.

(26) Mengukuhkan keharmonian dan kesejahteraan sosial.

(27) Menjamin dan memelihara budaya, warisan dan kepercayaan pelbagai kaum.

(28) Memperkukuhkan mahkamah adat bumiputera.

(29) Membantu dan mempercepatkan anak Sarawak yang layak untuk mendapatkan kerakyatan.

(30) Menjaga dan memelihara kebajikan rakyat.

(31) Memperkasakan penglibatan wanita dalam pembangunan Sarawak.

(32) Mempertingkatkan penyertaan belia dalam pembangunan Sarawak.

(33) Memperhebatkan bidang sukan.

(34). Menubuhkan 'Sovereign Fund' untuk kewangan masa depan.

 

 

Sumber : Astroawani