Polis tembak mati lelaki dikehendaki

 

Seorang lelaki mati selepas ditembak polis di persimpangan Jalan Simpang Tiga - Batu Lintang, dekat sini sekitar jam 7.40 malam Rabu.

 

Suspek adalah individu yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam beberapa kes jenayah sebelum ini.

 

Suspek dipercayai berasal dari Kampung Pinang Jawa, Kuching telah melanggar beberapa kenderaan dalam usahanya melarikan diri di persimpangan lampu isyarat di Jalan Simpang Tiga sebaik sahaja menyedari diekori polis.

 

Beberapa anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching cuba menahan suspek, namun suspek cuba melanggar mereka, menyebabkan anggota terbabit terpaksa melepaskan beberapa das tembakan.

 

Beberapa kenderaan turut rosak dipercayai dilanggar suspek.

 

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah antara yang kelihatan di lokasi.

 

 

Sumber : Astroawani