Permohonan Rumah Mesra Rakyat RM20,000 Kepada Golongan B40 ~ Semak Kelayakan Anda !

 

Projek-projek perumahan akan diteruskan oleh kerajaan khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah. Projek ini dengan nilai nkeseluruhan sebanyak RM 1.5 bilion.

 

Peruntukkan ini adalah bagi meneruskan program-program rumah mesra rakyat dan bantuan penyelenggaraan rumah rakyat.

 

 

OBJEKTIF BANTUAN

Program ini bagi membantu golongan yang berpendapatan di bawah RM 3,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri.

 

 

KAEDAH PERLAKSANAAN RUMAH MESRA RAKYAT

Berikut adalah merupakan kaedah perlaksanaan dan ciri-ciri program RMR ini:

 

 

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

 

Berikut adalah merupakan syarat-syarat kelayakan bagi permohonan program:

  1. Bewarganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan bulanan tidak melebihi RM 3000
  4. Pemohon yang tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang
  5. Tapak cadangan mestilah bebas daripada sebarang sekatan
  6. Pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah jika pemohon bukan tuan tanah.
  7. Keluasan tidak kurang daripada 3,600 kps
  8. Pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua diperlukan yang berumur 18 tahun keatas
  9. Pemohon Sabah Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun juga memerlukan pemohon kedua yang berumur 18 tahun keatas.

 

REKA BENTUK RUMAH MESRA RAKYAT

 

Berikut adalah merupakan jenis-jenis dan reka bentuk RMR:

 

 

 

 

 


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

 

Berikut adalah merupakan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan ini:

  1. Salinan Kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan Kad Pengenalan Tuan Tanah
  3. Salinan Kad pengenalan pemohon kedua jika berkaitan
  4. Salinan geran hakmilik tanah dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji 3 bulan terkini / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  8. Salinan sijil nikah pemohon.
  9. Borang laporan tapak bergambar

(surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang perlu disahkan Prnghulu/ Ketua Kampung atau Pegawai Profesional Kelas A)

 

 

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah merupakan cara permohona bagi program ini:

  1. Layari portal rasmi RMR
  2. Kemudian klik "pendaftaran baru" dan isi borang dengan lengkap
  3. Log masuk ke laman utama bagi memulakan permohonan
  4. Lengkapkan borang permohonan online
  5. Setelah itu, klik "selesai pendaftaran borang" dan cetak borang
  6. Memajukan borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB berdekatan
  7. Semakan dan penilaian akan dibuat oleh pihak SPNB