[JOM UNDI] SUARA RAKYAT ~ PENGELUARAN RM10,000 ONE-OFF KWSP AGAR DILULUSKAN


 


Isu pengeluaran kali terakhir wang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra RM10,000 akan dibincangkan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk diperhalusi.

 

 

 

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu dinyatakan Perdana Menteri kepada beliau dalam perbincangan mereka selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, malam tadi.

 

Katanya, dalam perbincangan itu, beliau memberi penjelasan kepada Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO bahawa ramai berada dalam keadaan susah dan terdesak pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memulakan kehidupan akibat dibuang kerja, pemotongan gaji, cuti tanpa gaji serta hilang punca pendapatan sejak awal tahun lagi.

 

Dengan pelbagai komitmen dan hutang yang tertunggak, katanya, rata-rata sangat memerlukan pengeluaran buat kali terakhir untuk kelangsungan hidup, bahkan ada yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan.