Empat ditahan, menyamar anggota polis lakukan samun



Tindakan empat lelaki menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan samun di Kampung Jeram, Merbau Pulas, Kuala Ketil gagal apabila kesemua mereka berjaya ditahan.

 

Suspek menggunakan senjata api mainan ketika menyamun seorang wanita berusia 42 tahun dengan memberi alasan kononnya mahu melakukan pemeriksaan ke atas rumahnya.

 

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi, di mana suspek memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta mangsa membuka pintu rumah.


Sumber : AstroAwani