Bayaran BKC Fasa 3 Kategori Miskin Tegar Diterima Bermula Disember Ini



Bayaran fasa tiga bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan mula dibuat Disember ini membabitkan peruntukan sebanyak RM300 juta.

 

Bayaran tersebut akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima bagi kategori Isi rumah miskin tegar berjumlah RM300.

 

Berikut merupakan maklumat lanjut tarikh bayaran BKC dan kadar bayaran mengikut kategori yang telah ditetapkan.

 

Tarikh Bayaran BKC

Bayaran bantuan BKC ini akan dibuat secara berfasa seperti berikut;

 

Fasa 1 – 6 September 2021

Fasa 2 – 25 November 2021

Fasa 3 – Disember 2021


Kadar Bayaran BKC

Berikut merupakan jumlah bayaran BKC yang akan diterima oleh pemohon yang layak;

 

 

Untuk menyemak status kelulusan, penerima boleh layari laman rasmi BKC di bkc.hasil.gov.my