Bantuan RM1,000 untuk mangsa banjir, RM5,000 untuk kematian

 

Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain, umum Perdana Menteri, DS Ismail Sabri dalam sebuah sidang media terkini.

 

Bantuan ini turut melibatkan Bantuan Wang Ihsan, di mana setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima sumbangan RM1000.

 

Manakala kes kematian akan mendapat sumbangan RM5000

 

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Wang Ihsan, syarat-syarat kelayakan mendapatkan bantuan RM1000 & RM5000 serta cara membuat permohonan.

 

 

APAKAH BANTUAN WANG IHSAN (BWI) UNTUK MANGSA BANJIR YANG DIUMUMKAN?

Kerajaan bersetuju menaikkan  kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap  ketua isi rumah terjejas ketika Monsun Timur Laut atau terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

 

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu dicapai menerusi Mesyuarat JPBP dipengerusikan beliau pada 13 September lalu sebagai membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap mangsa bencana ditambah pula dengan impak ekonomi rakyat akibat  pandemik Covid-19.

 

 

SYARAT KELAYAKAN

  1. BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah warganegara Malaysia sahaja.
  2. Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
  3. Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.
  4. Kelayakan BWI Bencana Banjir hanya diberika sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diiystiharkan. Sekiranya bencana berkalu melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana, maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.

 

JUMLAH AMAUN KELAYAKAN

Jumlah yang akan diterima adalah RM1000 bagi setiap Ketua Isi Rumah tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.

 

Terkini, NADMA turut memaklumkan bahawa waris mangsa kematian pula akan mendapat RM5000.

 

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.

 

Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi RUmah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.