BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) ~ Dokumen Penting Yang Diperlukan Semasa Membuat Permohonan

 

APA ITU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022? 

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Bantuan ini diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2021 (Jumaat).

 

SYARAT DAN KELAYAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

 

 

 

 

 

PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM 2022)

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

 

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

 

PENERIMA GKP TIDAK LULUS BPR AKAN DIPERTIMBANG TERIMA BKM SECARA AUTOMATIK

Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas COVID (BKC) B40 akan dipertimbangkan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.

 

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan komited untuk membantu golongan memerlukan terutamanya golongan rentan dengan menyediakan bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion di bawah BKM pada 2022 yang akan memanfaatkan 9.6 juta penerima.

 

 

 

DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN SEBELUM PERMOHONAN

 

PENGESAHAN PENGENALAN

  • Pengesahan Pengenalan Pasangan: MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan.
  • Pengesahan Pengenalan Anak: MyKad / MyKid dan Sijil Lahir Anak. Semakan pengenalan dan status warga negara anak akan dibuat dengan data JPN.


PENGESAHAN PENDAPATAN

Maklumat pendapatan tiada dalam rekod agensi pendapatan. Oleh itu, dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik atau dikemukakan adalah seperti berikut:

  • Slip Gaji sekurang-kurangnya 3 bulan atau
  • Akuan pengesahan pendapatan.

 

APAKAH DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN













BKM 2022 Semakan Status

Buat masa sekarang semakan status masih lagi belum dibuka. Namun anda boleh menyemak status terkini bantuan ini di laman https://bpr.hasil.gov.my/