[RASMI]~SEMAK SYARAT KELAYAKAN PEMBERIAN BANTUAN EWALLET RM150

 

Umum mengetahui bahawa kerajaan telah pun merangka bajet 2022 dengan faktor "wow" yang dikatakan akan memberikan manfaat kepada semua pihak sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang menjamin bahawa tiada seorang pun akan tercicir dengan agenda pemulihan negara setelah mengalami kesukaran hidup akibat pandemik Covid-19.


Bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan, kerajaan telah memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. Untuk makluman, lebih 2 juta belia akan menerima manfaat daripada program ini dengan peruntukan 300 juta ringgit.

 

 

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan pemberian bantuan eWallet RM150 untuk golongan belia dan pelajar IPT.

 

 

 

KADAR BANTUAN

 

Bantuan melalui eStart iaitu e-Skim Transaksi Tanpa Tunai akan diberikan kepada golongan belia yang layak sebanyak:

 

RM150 secara one-off

 

Pihak kerajaan akan mengkreditkan jumlah bantuan tersebut kepada akaun e-dompet para belia dan pelajar yang layak.

 

SYARAT KELAYAKAN

 

Pemberian eStart adalah kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti yang berikut:

 

  • Warganegara Malaysia
  • Belia 18 hingga 20 tahun
  • Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

 

CARA & TARIKH PERMOHONAN


 

 

 

Tarikh dan cara melakukan permohonan eStart kepada golongan belia dan pelajar IPT yang berkelayakan masih belum dimaklumkan. Perkongsian ini akan DIKEMASKINI setelah mendapat makluman baru daripada pihak kerajaan.

 

Semoga dengan adanya bantuan ini, ianya mampu untuk membantu mengurangkan beban para golongan belia dan pelajar IPT di Malaysia.