Kanak-kanak perempuan 4 tahun maut jatuh tingkat 29 kondominium

 

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Jalan Ipoh, di sini, pada Selasa.

 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian jam 2.41 petang itu, mangsa dipercayai ditinggalkan bersendirian di rumah oleh bapanya yang keluar membeli barang, dalam keadaan pintu berkunci.

 

“Apabila bapa mangsa pulang ke rumah, dia mendapati anaknya telah tiada.