Gelombang Baru Akan Berlaku Jika Rakyat Masih Enggan Ambil Dos Penggalak?

 

DOS PENGGALAK SUDAH MULA DIBERIKAN KEPADA RAKYAT, TETAPI MASIH RAMAI YANG ENGGAN MENERIMANYA.

 

MENURUT DR FARHAN RUSLI, NEGARA KITA BAKAL DILANDA GELOMBANG BARU MENJELANG AKHIR TAHUN INI JIKA RAMAI YANG MENOLAKNYA. MENURUT LAPORAN SINAR HARIAN, PAKAR KESIHATAN AWAM, DR FARHAN RUSLI MENYATAKAN BAHAWA RAKYAT PERLU MENGAMBIL SERIUS TERHADAP BOOSTER SHOT KERANA IA MAMPU MENINGKATKAN IMUNITI KEPADA SESEORANG.

 

KADAR IMUNITI MENURUN SELEPAS TIGA HINGGA ENAM BULAN MENURUT DR FARHAN, SELEPAS TIGA HINGGA ENAM BULAN, SELEPAS PENERIMAAN PENUH DOS KEDUA, KADAR IMUNITI SESEORANG AKAN TURUN PADA PARAS LEBIH KURANG 29 PERATUS SAHAJA. JADI, KITA AKAN NAMPAK SATU GELOMBANG YANG AKAN BERLAKU HUJUNG TAHUN INI DAN AKAN MEMASUKI KEPADA TAHUN 2022 PULA KENAIKAN KES ITU AKAN TERUS BERLAKU.

 

BELIAU MENEGASKAN UNTUK ORANG RAMAI SEGERA MENERIMA DOS PENGGALAK AGAR TIDAK MENJEJASKAN SISTEM KESIHATAN AWAM SEMASA GELOMBANG BERLAKU.