BKC Fasa 2: Semakan Status untuk pembayaran 25 November 2021 ini

 

Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat mulai 25 November ini dengan peruntukan RM300 juta.

 

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bayaran kedua itu akan melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.

 

 

"Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 BKC akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Disember 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40," memetik kenyataan yang dikeluarkan beliau hari ini.

 

Beliau pada masa sama menegaskan bahawa kerajaan sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat selain berharap pembayaran BKC ini mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

 

 

 

 

 

 

"Bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, kerajaan juga akan terus komited memastikan bantuan yang disediakan dapat disalurkan secara berkesan," katanya.

Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my.

 

Untuk maklumat lanjut termasuk kriteria penerima dan jumlah bantuan yang bakal diterima, warga Keluarga Malaysia boleh merujuk Jadual 2 serta Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

 

Sumber : AstroAwani