VIDEO ~ Ibu Tunggal 9 Anak dihukum Gantung Mati Mandatori Sebab Mengedar Dadah

 

Seorang ibu tunggal kepada sembilan orang anak dijatuhi hukuman mati mandatori di Mahkamah Tinggi Tawau pada Jumaat selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar dadah tiga tahun lalu.

 

Hakim Mahkamah Tinggi, Alwi Abdul Wahab, menjatuhkan hukuman itu terhadap Hairun Jalmani, 55, selepas mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

 

@biskutpahit1111

Kesian nya. igt lah semua jika kita tidak berduit kita bukan lah sesiapa.😞 #fypシ #fyp

♬ Seribu Kemanisan - Siti Nurhaliza
 

Tertuduh yang juga penjual ikan didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 113.9 gram di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pangkalan Wakuba, Batu 15, Jalan Apas, Tawau pada jam 5.30 petang, 10 Januari 2018.

 

 

 

 

Sumber : AstroAwani