TIGA MATLAMAT UTAMA PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2022 AKAN DIBENTANGKAN PADA HARI INI

 

Bajet 2022 akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada jam 4 petang hari ini oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

 

Sebagai bajet pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan yang pertama sejak Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan, tiga matlamat utama Bajet 2022 digariskan, iaitu

 

  1. MELINDUNGI DAN MEMULIH KEHIDUPAN SERTA MATA PENCARIAN
  2. MEMBINA SEMULA DAYA KETAHANAN NEGARA
  3. MEMANGKIN PEMBAHARUAN 

Berdasarkan kenyataan Pra-Bajet pertama dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF) pada Ogos, kerajaan akan memastikan bajet bersifat komprehensif dan inklusif, selaras dengan semangat Keluarga Malaysia.

 

 

Mengambil semangat itu, tiada individu atau perniagaan yang tercicir dalam menerima bantuan dan sokongan kerajaan, terutamanya mereka yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan pada 2021.