Sumbangan Kerajaan Sehingga RM250 Melalui i-Saraan


 

Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

 

Insentif Persaraan (i-Saraan)

Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% [jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun (berkuatkuasa 1 Januari 2018)] ke atas caruman anda.

*Tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan.

*Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 55 tahun.

 

Baca juga:

BantuanKewangan RM700 Untuk Golongan B40

BantuanBakul Prihatin Negara Untuk Semua Rakyat Malaysia

PermohonanRumah Serendah RM124 Sebulan

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

Faedah

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap.
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran.
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Bantuan Kematian: RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP).

 

Syarat kelayakan memohon

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Orang yang bekerja sendiri (Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja).
  • Ahli KWSP.
  • Telah membuat pilihan i-Saraan [Menghantar borang KWSP 16G(M)].

 

Peringatan Penting: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.

 

Cara Dan Saluran Pembayaran

Rujuk disini: Senarai Bank


 

Had Bayaran

  • Minimum (RM sahaja) - Tiada had
  • Maksimum (RM sahaja) – Tiada had - RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan - berkuat kuasa Januari 2013)

 

CARA PERMOHONAN

 

Untuk memohon, anda boleh menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan berikut ke mana-mana kaunter KWSP berdekatan.

 

  • My kad
  • Borang i-Saraan - KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Saraan - KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

 

Muat Turun Risalah i-Saraan di sini - Risalah i-Saraan


Sumber: KWSP