Senarai Bantuan Kerajaan Bulan September 2021 ~ Semak Sekarang


 

Kita semua tahu bahawa rakyat pasti sentiasa tertunggu-tunggu akan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan terutamanya pada musim pandemic ini. Hal ini kerana, ramai dikalangan masyarakat yang terkesan akibat pandemik ini dan perlu untuk dibantu.

 

Disini kami akan kongsikan beberapa senarai bantuan kerajaan serta maklumat ringkas mengenai bantuan yang diagihkan pada bulan September 2021 ini terutamanya khas kepada golongan B40 dan M40.

 

SENARAI BANTUAN KERAJAAN SEPTEMBER 2021

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan pada bulan September 2021:

 

1) Bantuan BKC

Pembayaran untuk bantuan BKC ini adalah bermula pada bulan 6 September hingga 14 September 2021.

Berikut adalah jumlah bantuan yang diberikan mengikut kategori:

 

Miskin Tegar (Isi Rumah) – RM500

B40 (Isi Rumah) – RM500

M40 (Isi Rumah) – RM250

Miskin Tegar (Bujang) – RM200

B40 (Bujang) – RM200

M40 (Bujang) – RM100

 

Jumlah bantuan = RM100 hingga RM500

 

2) i-Citra

i-Citra adalah satu bentuk inisiatif kerajaan yang dilaksanakan bagi memudahkan kita untuk membuat pengeluaran wang simpanan KWSP.

 

Ahli KWSP bakal mendapat RM1,000 setiap bulan sehinggalah tamat tempoh permohonan.

 

Untuk pembayaran pada bulan September, tarikh bayaran adalah pada 1 September.

 

3) Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Pengagihan untuk BPR fasa 3 adalah pada bulan September 2021 ini.

 

Berikut adalah jumlah bayaran BPR: KLIK DISINI

 

Tarikh pembayaran adalah pada hujung bulan September 2021, tarikh rasmi pembayaran akan diumumkan nanti.

 

Jumlah bantuan = RM100-RM1,100

 

4) GKP 4.0

GKP atau Geran Khas Prihatin merupakan satu bentuk bantuan kerajaan RM1,000 secara one-off yang diberikan khas kepada peniaga kecil atau PKS Mikro.

 

Pembayaran adalah secara berperingkat iaitu RM500 pada bulan September dan RM500 pada bulan November 2021.

 

Tarikh rasmi pembayaran bantuan ini adalah pada 21 September 2021.

 

5) Rayuan BPR Fasa 2

Status permohonan rayuan BPR bagi mereka yang tidak lulus semasa permohonan BPR fasa 2 kini boleh disemak.

 

Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut:

https://bpr.hasil.gov.my/

 

Tarikh pembayaran adalah pada hujung bulan September 2021 iaitu sama seperti pembayaran BPR Fasa 3.

 

Jumlah Bantuan = RM100-RM400

 

Baca juga:

Bantuan RM300 Bermula September 2021 Untuk Semua RakyatMalaysia Yang Layak

Permohonan Caruman Bagi Suri Rumah & Individu Yang Bekerja Sendiri


 

BANTUAN KERAJAAN YANG LAIN

Berikut adalah senarai bantuan yang boleh dimohon sepanjang masa:

 

1) BANTUAN PERIHATIN KASIH

Program PRIHATIN Kasih dalam pakej PEMERKASA, dilaksana bagi membantu golongan miskin bandar mendapatkan barangan dapur secara tanpa tunai.

 

Selama tiga bulan, individu yang layak akan menerima RM100 sebulan, dikreditkan ke dalam MyKad untuk dibelanjakan seisi rumah.

 

2) BANTUAN WARGA EMAS

Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan Bantuan Warga Emas ataupun Bantuan Kebajikan Orang Tua telah dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang. Ia selaras dengan apa yang dinyatakan dalam belanjawan 2021.

 

Untuk makluman, ia hanyalah untuk warga emas yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

Kadar Bantuan = RM500 Sebulan

Sumber: JKM

 

3) BANTUAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

Bakul Prihatin Negara adalah satu bentuk inisiatif bantuan Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka.

 

Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk bantuan barangan asas seperti beras, gula, tepung, kopi dan lain-lain.