Permohonan Polis & Semakan Panggilan 27 September - 17 Oktober 2021 ~ ePengambilan PDRM


 

Untuk makluman, semakan status panggilan eksesais ujian pemeriksaan fizikal pengambilan khas bukan bumiputera bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki dan Wanita boleh dibuat pada 27 September 2021 hingga 17 Oktober 2021.

 

Bagi calon bukan bumiputera yang telah menghadiri urusan dokumentasi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 pada April 2021 lepas, anda boleh membuat semakan melalui Sistem e-Pengambilan PDRM pada tarikh semakan dibuka.


Baca juga:

Senarai Bantuan Kerajaan Bulan September 2021

Kerajaan Umum Bantuan Bakul Prihatin Negara Untuk Semua Rakyat Malaysia 


CARA MEMBUAT SEMAKAN

 

  1. Semakan status boleh dibuat melalui laman rasmi ePengambilan PDRM – https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.
  2. Log masuk
  3. Klik “Semak Status Permohonan”
  4. Klik Semak

 

Bagi calon yang tersenarai untuk panggilan, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal tersebut.

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN ONLINE

 

Segala urusan permohonan, pemohon boleh membuat permohonan secara online melalui laman web rasmi ePengambilan PDRM.

 

ePengambilan PDRM merupakan portal rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang boleh digunakan untuk urusan pengambilan dan permohonan jawatan PDRM. Melalui portal ini juga, pemohon boleh untuk membuat semakan status permohonan atau panggilan pada tarikh semakan dibuka.

 

Berikut adalah pautan portal rasmi ePengambilan PDRM:

https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.


 

 

CARA MENDAFTAR

 

  1. Berikut adalah cara untuk mendaftar akaun bagi pendaftar pengguna baru:
  2. Masuk ke Portal ePengambilan PDRM: https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.
  3. Klik “Pendaftaran Baru”
  4. Isikan Maklumat yang diminta
  5. Setelah selesai, klik “serah”
  6. Aktifkan ID melalui e-mel yang anda terima, sekiranya anda tidak menerima e-mel, Klik pada “Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID” di portal epengambilan PDRM.


 

Selepas mendaftar, lengkapkan maklumat peribadi, keluarga, akademik, Ko-kurikulum dan lain-lain maklumat yang perlu diisi. Tanda (*) menunjukkan bahawa maklumat tersebut adalah wajib untuk di isi oleh pemohon.

 

Setelah selesai, anda boleh terus membuat permohonan melalui menu “Permohonan Baru”.

 

SEMAKAN JAWATAN

 

1. Berikut adalah cara untuk membuat semakan jawatan yang ada:

2. Masuk ke portal rasmi ePengambilan PDRM: https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my

3. Klik “Skim Jawatan”


4. Sekiranya anda berminat untuk memohon mana-mana jawatan yang dinyatakan, anda boleh membuat semakan jawatan di tab “Iklan” sama ada permohonan Buka atau Tutup.


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan iklan pengumuman mengenai permohonan dan pengambilan jawatan PDRM, anda boleh rujuk terus ke portal ePengambilan PDRM di pautan berikut:

https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my