Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan Isi Rumah - Semak Sekarang


 

Program PRIHATIN Kasih dalam pakej PEMERKASA, dilaksana bagi membantu golongan miskin bandar mendapatkan barangan dapur secara tanpa tunai.

 

Dalam tempoh selama tiga bulan, penerima yang layak akan menerima RM100 sebulan, dikreditkan ke dalam MyKad untuk dibelanjakan seisi rumah.

 

Penerima boleh memilih untuk berbelanja di lebih 300 rantaian kedai dan pasar raya di seluruh negara.

 

Baca juga:

Ini Tarikh Rasmi Pembayaran Bulan Oktober 2021 i-Citra

Sumbangan Kerajaan Sehingga RM250 Melalui i-Saraan

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

Program PRIHATIN Kasih yang bermula satu Julai merupakan kesinambungan kepada program e-Kasih yang ditambah baik.

 

DI MANA PEMBELIAN BOLEH DIBUAT?

Terdapat 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh Malaysia yang boleh digunakan penerima bantuan untuk membuat pembelian barangan keperluan termasuklah:

 

  • Mydin
  • The Store
  • Giant
  • Econsave
  • Pacific
  • Milimewa
  • Lotus Stores (Tesco)
  • 99 Speedmart
  • Kedai-kedai runcit yang terpilih

 

TEMPOH PELAKSANAAN

Tempoh Pelaksanaan Program PRIHATIN Kasih ini adalah berbeza mengikut negeri. Berikut adalah maklumat tempoh pelaksanaan Program PRIHATIN Kasih:

Negeri

Tempoh Pelaksanaan

Selangor dan Kuala Lumpur

 

Julai - September 2021

 

Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka, dan Terengganu

 

Ogos - Oktober 2021

 

Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah, dan Sarawak

 

September - November 2021;

atau Oktober - Disember 2021

(Akan dimaklumkan kemudian)

 

 

 

 

 

 

 

 

 


SEMAKAN PROGRAM PRIHATIN KASIH BARANGAN DAPUR

 

Penerima bantuan akan menerima SMS daripada MyKasih menyatakan status pengesahan mereka sebagai penerima bantuan Program PRIHATIN Kasih. Penerima juga akan diberikan tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang berdekatan.

 

Bagi mereka yang tidak menerima SMS, anda juga boleh membuat semakan kelayakan secara atas talian (Online) melalui laman web semakan dengan menekan SEMAKAN ONLINE di bawah:

SEMAKAN ONLINE

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Program PRIHATIN Kasih, anda boleh layari laman web http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/.

 

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia