Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021 ~ Sehingga 10 September 2021


 

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) adalah merupakan skim kebajikan yang diberikan kepada anggota KT untuk meringankan perbelanjaan bagi persiapan pembelajaran anak-anak yang akan memasuki sesi baru persekolahan.

 

Baca juga:

Bantuan Ibu Tunggal RM100

Bantuan Bakul Prihatin Negara Untuk Semua Rakyat MalaysiaYang Memerlukan

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia 


TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan dibuka : 3 Ogos 2021 (Selasa)

Tarikh permohonan ditutup : 10 September 2021 (Jumaat)


SYARAT KELAYAKAN

  • Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
  • Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
  • Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
  • Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
  • Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.
  • Minimum 3 orang anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja.

 

DOKUMEN SOKONGAN (PERLU DISAHKAN)

PEMOHON (ANGGOTA KT)

  • Salinan MyTentera (Anggota ATM)
  • Salinan MyKad (Awam/Pesara)
  • Salinan Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)
  • Salinan Penyata Pencen/Bank Terkini (Pesara)/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja Sendiri
  • Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank Anggota

 

ANAK (PELAJAR SEKOLAH RENDAH/MENENGAH SAHAJA)

  • Salinan MyKad/MyKid/Surat Beranak (Mengikut bilangan anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja).
  • Dokumen Tambahan Seperti PERBAH II/Surat Perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/anak tiri.



 

CARA PERMOHONAN

 

Untuk memohon, sila dapatkan borang permohonan dan hantar maklumat lengkap pemohon serta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang di nyatakan di atas. KLIK DISINI

 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia


PENGHANTARAN PERMOHONAN

Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang beralamat di:

 

Koperasi Tentera

Wisma Koperasi Tentera

No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat

53000 Kuala Lumpur

(Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)