Semakan Status & Tarikh Pembayaran i-Citra KWSP


 

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya tentang tarikh bayaran i-Citra bulan kedua. Seperti i-Sinar, bayaran akan diterima mengikut Tarikh yang telah ditetapkan mengikut kategori permohonan masing-masing. Sama seperti i-Citra, bayaran akan diberikan mengikut kategori dan Tarikh kelulusan masing-masing.

 

Oleh itu, di sini kami akan kongsikan maklumat tarikh pembayaran serta semakan untuk i-Citra:

 

Baca juga:

Bantuan Sehingga RM1,400 Kuarantin

Bantuan RM450 Sebulan EOKU

Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021

 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia 


TARIKH PEMBAYARAN I-CITRA

Untuk makluman, pembayaran i-Citra adalah bermula pada 1 September 2021. Ia mengambil masa 1 hingga ke 3 hari hari bekerja untuk proses pengkreditan ke akaun bank ahli masing-masing bergantung kepada prosedur bank.


 

JADUAL BULANAN PEMBAYARAN I-CITRA

Jadual bulanan pembayaran i-Citra adalah sama seperti i-Sinar. Berikut adalah penerangan tentang Tarikh pembayaran i-Citra:

 

Pembayaran untuk bulan kedua i-Citra adalah sama seperti Tarikh pembayaran yang pertama dan begitu juga dengan pembayaran seterusnya.

 

Sebagai contoh, sekiranya bayaran bulan pertama adalah pada tanggal 2 Ogos 2021, maka bayaran untuk bulan kedua juga akan diberikan pada tanggal yang sama seperti bulan pertama iaitu pada 2 September 2021 (Jika ia jatuh pada hari bekerja).

 

Sekiranya bayaran lambat, pengkreditan akan dibuat sekurangkurangnya maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan tersebut.

 

Untuk info lanjut serta maklumat terkini mengenai i-Citra, anda boleh terus membuat semakan status di laman web rasmi i-Citra.

 

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS I-CITRA

 

Semakan boleh dibuat melalui laman web i-Citra ataupun i-Akaun.

 

Untuk membuat semakan melalui laman web i-Citra, anda boleh terus membuat semakan di pautan berikut:

https://icitra.kwsp.gov.my/

 

Untuk membuat semakan pembayaran melalui i-Akaun, anda boleh terus membuat semakan dipautan berikut:

https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member

 

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai i-Citra, anda boleh terus hubungi:

Hotline i-Citra 03-8922 4848 atau;

ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

 

Untuk mendapatkan info-info terkini di media sosial, anda boleh terus layari facebook rasmi KWSP.

 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia