Program Bantuan Ibu Tunggal RM100 iSejahtera

 

PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL

Sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali diberikan kepada ibu tunggal yang layak memohon melalui Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera.

 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Sumbangan wang sebanyak RM1000 diberikan secara secara one-off kepada waris ibu tunggal sekiranya ibu tunggal meninggal dunia.

 

Baca juga:

Bantuan Warga Emas Sehingga RM500

Status Rayuan BPR 2021 & Bayaran Pada Ogos 2021


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  • Bercerai atau kematian suami
  • Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar
  • Tidak berkahwin semula.
  • Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.

 

CARA PENDAFTARAN BANTUAN IBU TUNGGAL iSejahtera

 

Permohonan boleh dibuat secara online atau manual:

Pendaftaran untuk Bantuan Ibu Tunggal secara atas talian (online)-KLIK DISINI

Untuk permohonan secara manual, pemohon perlu mengisi borang permohonan. Borang permohonan juga boleh didapati di Pejabat-pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR. Hantar borang tersebut beserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis permohonan yang dibuat.

 

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN

 

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran salah seorang anak.
  • Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
  • Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
  • Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon.
  • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR.

 

SEMAKAN STATUS

Semakan status pendaftaran boleh dibuat melalui sistem iSejahtera atau;

Hubungi Pejabat Masyarakat Penyayang melalui talian 04-650 5699/5700 atau

Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing.

 

JUMLAH BANTUAN

Jumlah sumbangan yang diberikan adalah sebanyak RM100 setahun sekali kepada yang layak.

Sumbangan wang sebanyak RM1000 secara one-off diberikan kepada waris Ibu Tunggal sekiranya Ibu Tunggal meninggal dunia.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bantutan ini, sila rujuk laman web rasmi iSejahtera di https://isejahtera.penang.gov.my/hubungi.php

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia