Cara Semakan & Tarikh Bayaran i-Citra KWSP Mulai 2 Ogos 2021


 

Seperti yang kita sudah sedia maklum, semakan permohonan I-Citra telah dibuka sejak 16 julai lalu lagi. Ramai diantara mereka yang telah memohon mendapat keputusan lulus permohonan setelah membuat semakan. Oleh itu, sekiranya anda tertanya-tanya tentang jadual pembayaran i-Citra, di sini kami akan kongsikan bagaimana pembayaran bulanan i-Citra di buat dan bagaimana cara untuk membuat semakan.

 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Tujuan i-Citra adalah untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka. Jumlah pengeluaran adalah tertakluk kepada jumah simpanan KWSP anda. Difahamkan seramai 12.6 juta ahli KWSP akan mendapat manfaat namun.

 

Ikuti maklumat yang kami kongsikan mengenai i-Citra di bawah. Sila buat semakan permohonan anda melalui dua (2) kaedah semakan di bawah.

 

Baca juga maklumat:

BantuanKewangan RM600 Untuk Pekerja Di Seluruh Malaysia

Dah BuatSemakan Status Kelayakan Bantuan RM100 Sebulan?

 

SEMAK TARIKH PEMBAYARAN I-CITRA

 

Terdapat dua cara untuk membuat semakan permohonan i-Citra iaitu melalui laman web i-Citra atau melalui i-Akaun

 

Laman Web i-Citra:

Untuk membuat semakan melalui laman web i-Citra, anda boleh terus semak di pautan i-Citra

 



Laman Web i-Akaun:

Untuk membuat semakan melalui laman web i-Akaun, anda boleh terus semak di pautan i-Akaun

 

Jadual Pembayaran Bulanan i-Citra

Tarikh pembayaran i-Citra untuk bulan-bulan yang seterusnya adalah sama dengan tarikh pembayaran bulan pertama anda.

 

Sebagai contoh, sekiranya pembayaran i-Citra pertama anda adalah pada 2 Ogos 2021 maka pembayaran untuk bulan seterusnya adalah pada 2 September jika jatuh pada hari bekerja.

 

Sekiranya pembayaran lambat, bayaran akan dikreditkan dalam tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan.

 

Maklumat Lajut

Untuk mengetahui lebih mengenai i-Citra KWSP, anda boleh terus masuk ke laman rasmi KWSP di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia