Cara Memohon Elaun Orang Kurang Upaya RM450 Sebulan


 

Salah satu jenis skim bantuan kebajikan yang boleh didapati melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU).

 

Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

 

Baca juga:

Semakan Status Rayuan BPR 2021 & Bayaran Pada Ogos 2021

Bantuan Warga Emas Sehingga RM500

Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia   


KELAYAKAN

1) Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;

2) Berumur 16 tahun dan ke atas;

3) Pemegang kad OKU JKM;

4) Pendapatan bulanan RM 1,500.00  dan ke bawah; ATAU

Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

 

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.

 

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang diberikan adalah RM450 sebulan seorang.

 

CARA PERMOHONAN

 

Untuk memohon sila rujuk di Portal Rasmi JKM dipautan berikut:

KLIK DISINI

 

BORANG YANG BERKAITAN

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan

JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019 


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak JKM di alamat Ibu Pejabat JKM berikut:


IBU PEJABAT

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya

 

Telefon : 03 - 8000 8000

Faks : 03 - 8323 2045

Emel : Maklum Balas (ISPAAA)