Bantuan RM800 Untuk Individu Belum Bekerja Tahun 2021

 

Untuk makluman, salah satu program yang terdapat dalam PEMERKASA adalah program PERANTISAN, dimana program ini merupakan satu program terbuka untuk semua golongan belia yang belum bekerja untuk membuat permohonan Program Perantisan PERKESO.

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Program ini merupakan program yang telah ditambah baik daripada sebelumnya yang mana program ini menjanjikan satu bentuk insentif bantuan khas kepada mereka yang layak. Ikuti maklumat bantuan serta cara permohonan di bawah.

 

Baca juga:

Bantuan Ibu Tunggal RM100

Bantuan Bakul Prihatin Negara Untuk Semua Rakyat MalaysiaYang Memerlukan

Semakan Status & Tarikh Pembayaran i-Citra KWSP

 

KATEGORI PROGRAM

1) Program Perantisan Asal (PenjanaKerjaya 2.0)

Tempoh Latihan: 3 bulan

Jumlah Insentif: RM1,000

Tarikh Permohonan: -

 

2) Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Permohonan Baru)

Tempoh Latihan: 6 bulan

Jumlah Insentif: RM800

Tarikh Permohonan: 1 April 2021

 

3) Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Lanjutan daripada Perantisan Asal)

Tempoh Latihan: 3 bulan + 3 bulan tempoh lanjutan

Jumlah Insentif: RM1,000 (3 bulan pertama), RM600 (3 bulan tempoh lanjutan)

Tarikh Permohonan: 15 April 2021.

 

SYARAT KELAYAKAN

  1. Pihak majikan layak untuk membuat permohonan untuk para pekerjanya iaitu mereka yang mengambil perantis di bawah Penjana Kerjaya bagi menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran pekerja berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan.
  2. Kursus yang dijalankan mestilah yang bersesuaian dengan keperluan industri sahaja.
  3. Setiap mana-mana perantis yang tersenarai dibawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya dibolehkan untuk satu kursus sahaja.

 

CARA PERMOHONAN

 

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan Program Perantisan PERKESO:

 

Daftar dan iklankan kekosongan pengambilan perantis melalui portal rasmi MYFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/

Permohonan insentif dibuat di laman MYFuturejobs

Bagi program perantis pula, permohonan pekerjaan boleh dibuat melalui Program Perantisan PERKESO di laman https://www.myfuturejobs.gov.my/


Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia