Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 ~ Semak Kelayakan Sekarang


 

Program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.

 

Mulai 1 Februari 2021, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada Julai 2020 dalam penentuan status kemiskinan terkini. Program Rebat Bil Elektrik RM40 hanya akan diberikan kepada KIR yang berpendapatan bulanan di bawah pendapatan purata nasional RM1,169.

 

Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga RM40 setiap bulan.

 

Baca juga:

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021

Bantuan Bakul Prihatin Negara Untuk Semua Rakyat MalaysiaYang Memerlukan

Program Bantuan Ibu Tunggal RM100

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia  



 

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40

  1. Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih;
  2. Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2021;
  3. Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;
  4. Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih;
  5. Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
  6. Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalty lewat bayar);
  7. Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2019 dan 2020;
  8. Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun; dan
  9. Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.

 

SEMAKAN KELAYAKAN

 

Untuk mengetahui maklumat program dengan lebih lanjut, sila rujuk dipautan berikut:

https://semakanrebat.ketsa.gov.my/

 

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia 

Sila kongsikan maklumat ini kepada orang ramai agar ramai yang tahu dan tidak terlepas mengenai bantuan-bantuan terkini yang ada.