Semakan i-Citra KWSP Mulai 16 Julai 2021 - Semak Sekarang


 

Seperti apa yang telah di umumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan bersetuju untuk memberi peluang kepada pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan sehingga RM5,000 dari akaun mereka menerusi i-Citra KWSP.  Ini adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

 Join telegram untuk info bantuan terkini👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Tujuan i-Citra adalah untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka. Jumlah pengeluaran adalah tertakluk kepada jumah simpanan KWSP anda. Dimaafkan Seramai 12.6 juta ahli KWSP akan mendapat manfaat namun.

Baca juga:

Pembayaran Saman Diskaun 50% Masih Dibuka

Bantuan RM450 IIB


Tarikh Permohonan

15 Julai sehingga 30 September 2021

 

Syarat Kelayakan

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah dan terbuka juga kepada bukan warganegara atau pemastautin tetap.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya jumlah simpanan RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan.

 

Amaun Yang Layak Dikeluarkan

Tempoh pengeluaran adalah sehingga 5 bulan dengan maksimum boleh dikeluarkan adalah sehingga RM5,00. Walaubagaimanapun, ia adalah bergantung kepada jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada).

 

Ini bermakna pengeluaran setiap bulan adalah dihadkan kepada RM1,000 atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan ahli.

 

Manakala minimum pengeluaran adalah berjumlah RM50 dan perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun satu.

 

 

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi portal i-Citra di https://icitra.kwsp.gov.my/

Portal boleh mula diakses pada 15 Julai 2021.

Maklumat lanjut mengenai permohonan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

 

Cara Membuat Semakan

 

Semakan boleh dibuat mulai 16 Julai 2021 menerusi laman https://icitra.kwsp.gov.my/ 

 

Tarikh Pembayaran

Pelaksanaan bayaran akan dibuat pada bulan ogos 2021 bagi mereka yang layak dan lulus permohonan.

 

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan i-Citra, anda boleh terus hubungi

Talian hotline i-Citra 03-8922 4848 atau;

Rujuk laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra


Join telegram untuk info bantuan terkini👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia