Permohonan Bantuan Sehingga RM1,000 - B40


 Untuk makluman Bantuan ini adalah bantuan kebajikan yang disalurkan kepada mereka yang memerlukan serta perlu memenuhi syarat kelayakan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

Skim Bantuan Kebajikan merupakan skim perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Ikuti perkembangan bantuan-bantuan terkini di group telegram👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia  

Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

 

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

 

Baca juga:

Semakani-Citra KWSP Mulai 16 Julai 2021

PembayaranSaman Diskaun 50% Masih Dibuka

 

OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN

Berikut adalah objektif Skim Bantuan Kebajikan:

 

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

 

SENARAI BANTUAN YANG DISEDIAKAN

Berikut adalah jenis bantuan serta jumlah yang diberikan setiap bulan bagi mereka yang layak:

Jenis Bantuan

Jumlah Terdahulu

Jumlah Terbaru

Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

RM100 - RM450

RM150 – RM1,000

Elaun Pekerja Cacat (EPC)

RM400

RM450

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

RM350

RM500

Bantuan Orang Tua (BOT)

RM350

RM500

Bantuan Anak Pelihara (BAP)

RM200 - RM500

RM250 – RM500

Bantuan Am Persekutuan (BA)

RM100 – RM350

RM100 – RM350

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

RM250

RM300

Bantuan Latihan Perantis (BLP)

RM200

RM200

 

 

CARA PERMOHONAN

 

Bagi anda yang layak dan ingin membuat permohonan, anda boleh terus pergi ke mana-mana Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

 

Siasatan akan dilakukan terlebih dahulu bagi setiap permohonan untuk tujuan penilaian (means-tested). Ini adalah untuk mengesahkan kelayakan bantuan kepada para pemohon. Urusan ini adalah bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

 

Sila isi borang permohonan serta dokumen yang diminta untuk membuat permohonan. Sila rujuk Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk dapatkan borang permohonan serta maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan disediakan.

PortalRasmi JKM

 

INFO BANTUAN LAIN

Ikuti perkembangan bantuan-bantuan terkini di group telegram👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia  

 

Sumber: JKM