Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 sehari - NADMA


 

Kepada Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana menerima Perintah Kuarantin COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia menjalani rawatan, anda layak untuk memohon Bantuan Khas Covid-19 sebanyak RM100 sehari.

 

Kadar bayaran ini akan diberikan maksimum sehingga 14 hari (one off) tertakluk kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang. Ikuti maklumat Bantuan Khas COVID-19 yang akan kami kongsikan.

 

Baca juga:

BantuanRM600 Untuk Pekerja

KemudahanMemiliki Rumah Sendiri Atau Sewa

 

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian.
  • Warganegara Malayisa yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang menjalani tempoh rawatan di wad hospital (warded) ekoran Covid-19.

 

Pemohonnan tidak layak

  • Bukan warganegara Malaysia.
  • Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  • Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian /menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran Covid-19.

 

Kadar bantuan

RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian.

 

Kaedah Permohonan

 

1) Baca garis panduan dengan teliti; http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_garispanduan.pdf

 

2) Sertakan dokumen wajib berikut;

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
  • Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.

 

3) Muat turun dan lengkapkan dokumen-dokumen berikut;

 

4) Hantar permohonan lengkap kepada;

i. Whatsapp 011-13218056 (khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. Panggilan dan pertanyaan tidak akan dijawab);

 atau

ii. Email ke bkcovid19@nadma.gov.my

 atau

 iii. Pos kepada;


Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Jabatan Perdana Menteri

Aras 7, Blok D5, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)

 

Nota: Permohonan dan dokumen Asal KKM yang dipos akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM. Permohonan dan dokumen yang diterima melalui whatsapp dan email akan melalui proses semakan data KKM.

 

Kaedah pembayaran

Bayaran akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) penerima dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

 

Maklumat Lanjut

Anda boeh terus melayari laman web rasmi NADMA di www.nadma.gov.myuntuk info-info terkini mengenai Bantuan Khas Covid-19.

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia


Sumber: NADMA