Pembayaran Saman Diskaun 50% Masih Dibuka




 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 50 peratus bermula 18 Jun hingga 18 Julai ini.

 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias, berkata tawaran itu tidak termasuk bagi kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama dilakukan dalam tahun ini, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.

 

Baca juga:

Bantuan Insentif Ibu Bersalin (IIB) RM450

Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 sehari

 

Cara dapatkan diskaun saman 50%

Untuk mendapatkan bayaran saman diskaun sehingga 50%, anda boleh membuat bayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman.

 

Ini adalah salah satu peluang bagi anda yang mempunyai saman tertunggak untuk membuat pembayaran secara diskaun sebelum tarikh tutup kempen.

 

Bagaimanapun, tawaran pengurangan kompaun saman itu tidak termasuk kesalahan-kesalahan utama tahun 2021, kesalahan berkaitan kenderaan berat, pengubahsuaian ekzos serta kes saman dalam sebutan mahkamah.

 

Tarikh pelaksanaan

Tarikh pelaksanaan kempen bayar saman ini adalah bermula pada 18 Jun sehingga 18 Julai 2021. Oleh itu, kepada anda yang masih ada saman yang belum dibayar, anda masih berpeluang untuk membuat pembayaran dengan bayaran diskaun 50% melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman.

 

CARA MEMBUAT PEMBAYARAN

 

Ada dua cara untuk membuat pembayaran iaitu melalui portal MyBayar Saman dan aplikasi MyBayar Saman.

 

Melalui Portal:

https://mybayar.rmp.gov.my

 

Melalui Aplikasi:

i) Apple store - https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016

ii) Huawei Appstore - https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

iii) Google Playstore

 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

Sumber: bharian, mybayar.rmp.gov.my